Budaya integriti perkasa jati diri pelajar

18 05 2009

Ditulis oleh Dr Sarjit S Gill

PENDIDIKAN budaya integriti di kalangan pelajar sekolah amat penting untuk memperkasa budaya yang mementingkan nilai amanah, kejujuran dan keikhlasan. Masyarakat kini didedahkan dengan pelbagai kes salah laku pelajar seperti gengsterisme, buli dan kes juvana yang menjejaskan imej sekolah dan pendidikan negara.

Dalam usaha kita menuju ke arah merealisasikan Wawasan 2020, maka negara memerlukan barisan belia termasuk remaja dan pelajar sekolah dan universiti yang mempunyai nilai integriti yang tinggi dan berkualiti. Kejayaan Wawasan 2020 dan Misi Nasional yang digubal secara komited oleh pihak kerajaan banyak bergantung kepada komitmen dan kesedaran masyarakat mengenai pentingnya modal insan yang berkualiti di kalangan minda dan jati diri pelajar sekolah.

Pembudayaan integriti perlu disemarak dan diperluaskan secara berterusan di kalangan generasi muda terutama pelajar sekolah. Kita sering melaungkan pepatah keramat berbunyi ‘kalau hendak melentur buluh, biarlah dari rebungnya’, namun kita kurang menghayati maksud tersiratnya dengan teliti. Memang benar kita mesti bermula di peringkat yang lebih rendah sekiranya kita berminat menyuntik semangat dan nilai integriti pelajar sekolah rendah.
Namun, sejauh manakah kita bersungguh-sungguh memastikan nilai dan semangat ini dipupuk dengan minda agama dan moral yang tinggi sekiranya pihak berwajib juga lemah dalam memajukan integriti peribadi masing-masing. Saya fikir golongan belia sebagai ejen sosial perlu diberikan perhatian menegur secara berhemah demi membawa perubahan dalam memajukan masyarakat dan negara. Belia perlu lebih terbuka dan proaktif dalam melontarkan gagasan integriti sebagai pemangkin pembangunan mapan.

About these ads

Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


Arkib

Blog Stats

  • 117,968 hits


Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: