Koleksi Soalan Percubaan Sejarah 1 STPM Tahun 2010

NEGERI SEMBILAN

BAHAGIAN A

1. Dengan merujuk kepada contoh-contoh yang sesuai, jelaskan kepentingan alam sekitar terhadap masyarakat prasejarah ? (25m)
2. Huraikan perkembangan sistem pemerintahan beraja di China pada zaman Dinasti Han? (25m)
3. Bincangkan struktur pentadbiran ketenteraan di India sebelum Islam ? (25m)
4. Huraikan perkembangan sistem perdagangan daripada sistem barter kepada kapitalisme yang berlaku di Eropah.? (25m)
5. Huraikan peranan yang dimainkan oleh Melaka dalam proses penyebaran Islam di Asia Tenggara?. (25m)
6. Bincangkan faktor-faktor orang China melakukan penerokaan dan penjelajahan pada abad pertama masehi hingga abad ke 15 masehi? (25m)
7. Bandingkan ciri-ciri bandar yang terdapat dalam tamadun Mesopotamia dan tamadun Indus? (25m)
8. Bandingkan strategi peperangan antara Tamadun Rom dengan Tamadun Islam ? (25m)

BAHAGIAN B

9. Huraikan perubahan-perubahan masyarakat Arab Jahiliah selepas kedatangan Islam? (25m)
10. Rasulullah bukan sahaja nabi dan rasul, tetapi juga seorang negarawan. Bincangkan ? (25m)
11. Nilaikan kepentingan Piagam Madinah dalam pembentukan ummah di Madinah (25m)
12. Jelaskan pelaksanaan dan kepentingan zakat pada zaman khulafa ar-rasyidin (25m)
13. Bincangkan matlamat pendidikan Islam yang diasaskan oleh Nabi Muhammad s.a.w (25m)
14. Terangkan sumbangan Ibn Batuta dalam penjelajahan dan penerokaan? (25m)
15. Bandingkan ciri-ciri dan kepercayaan masyarakat Alam Melayu dengan masyarakat Jahiliah (25m)
16. Bandingkan konsep ketahanan dan pertahanan antara tamadun Islam dengan tamadun Eropah? (25m)

PAHANG

BAHAGIAN A

1) Bincangkan peranan sungai dalam pembentukan dan perkembangan tamadun awal dengan memberikan contoh2 yg sesuai drpd tamadun awal manusia.
2) Dengan merujuk kpd Tamadun Melayu & Mesopotamia, bincangkan perkembangan sisitem pentadbiran pusat dan wilayah.
3) Huraikan faktor2 perubahan yg mendorong kpd kemunculan Negara Bangsa di Eropah.
4) Terangkan konsep sara diri, komerisal & kapitalis. huraikan sebab2 perkembangan sistem kapitalis di Eropah sehingga abad ke 18.
5) Bincangkan idea pemikiran ketenteraan Kautilya pada abad ke 3 Masihi & Nicollo Machieavilli pada abad ke-16 Masihi.
6) Bincangkan perkembangan institusi pendidikan dlm Tamadun Melayu pada zaman sebelum dan selepas kedatangan Islam.
7) Bandingkan sumbangan Marco Polo & Ibn Battutah dlm bidang pelayaran dan penjelajahan.
8) Kewujudan organisasi sosial di Lembah Indus dan China agak unim berbanding dgn tamadun2 lain. bincangkan ciri2 organisasi sosial kedua-dua tamadun berkenaan bagi membuktikan pencapaian ketemadunan masyarakat tetrsebut.

BAHAGIAN B

1) Huraikan golongan masyarakat yg terdapat pada zaman Bani Umayyah.
2) Jelaskn faktor2 serta cara penentangan Quraisy Makkah terhadap dakwah Nabi Muhammad S.A.W. & huraikan cara baginda menghadapi penentangan itu.
3) Nytakn faktor2 dan kesan2 penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W. dari Makkah ke Madinah.
4) Piagam Madinah merupakan piagam bertulis yang pertama di dunia. Berikan huraian berhubung dgn kadungan & kepentingan piagam tersebut.
5) Perang Uhud merupakan perang yg ke-2 dlm kelender Islam & ia berlaku pada tahun ke-3 Hijrah. Bincangkan faktor2 serta kesan2 & perisriwa Perang Uhud.
6) Huraikan sejarah penciptaan & penggunaan matawang dlm sistem ekonomi Islam.
7) Bandingkan sistem pndidikan pada zaman Kerajaan Umayyah & kerajaan Abasiyyah.
8) Bincangkan perkaitan antara Hijrah Rasulullah S.A.W. ke madinah dgn sejarah penjelajahan dan penerokaan umat Islam selepas keawafatan baginda.

SMK PENANTI PULAU PINANG

Bahagian A

1. Pembandaran adalah proses di mana penduduk tinggal dan bekerja di kawasan yang kecil dan menjalankan kerja-kerja seperti perdagangan, perindustrian dan perkhidmatan. Merujuk kepada contoh-contoh yang sesuai, huraikan ciri-ciri utama perbandaran terancang dalam Tamadun awal .
2. Tamadun Mesir, China , India dan Alam Melayu mengamalkan sistem pemerintahan beraja manakala tamadun Yunani dan Rom pula mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi”.Bedasarkan penyataan di atas bincangkan ciri-ciri kedua-dua sistem pemerintahan tersebut.
3. Bincangkan idea pemikiran ketenteraan Kautilya pada abad ke 3 SM dengan Niccolo Machiavaeli pada abad ke 16 M
4. Bincangkan faktor perkembangan ekonomi dalam tamadun manusia sehingga tahun 1800 Masihi.
5. Jelaskan sistem pendidikan yang diamalkan di Athens dan Sparta di dalam Tamadun Yunani.
6. Bincangkan faktor-faktor yang membawa kepada aktiviti penjelajahan dan penerokaan China dan kesannya kepada tamadun tersebut.
7. Huraikan taktik dan strategi peperangan yang diamalkan oleh tamdun Rom dan tamadun Islam.
8. Bandingkan konsep kejadian dan peranan manusia mengikut pandangan Islam dengan pandangan Barat.

Bahagian B

9. Huraikan keadaan masyarakat di Kota Madinah sebelum penghijrahan nabi Muhammad saw dan umat Islam Kota Makkah
10. Piagam Madinah merupakan piagam bertulis pertama di dunia. Berikan huraian berhubung dengan kandungan dan kepentingan piagam tersebut.
11. Bincangkan etika dan tatacara peperangan yang dianjurkan oleh Islam dengan memberi contoh-contoh yang jelas.
12. Jelaskan Fungsi Zakat Dan Pelaksanaannya pada zaman Bani Umayyah.
13. Bincangkan perkembangan institusi pendidikan Islam di Acheh pada abad ke-17 Masihi.
14. Bincangkan aktiviti dan sumbangan Ibn Battutah dalam bidang pelayaran dan penjelajahan.
15. Bandingkan dasar pemerintahan Khulafa ar-Rashidin dengan pemerintahan Bani Umaiyah.
16. Bincangkan sumbangan Marco Polo dan al-Mas’udi kepada tamadun manusia.

PERLIS

Bahagian A

1. Huraikan kesan2 kehidupan masyarakat Zaman Neolitik kepada perkembangan tamadun awal manusia.
2. Bincangkan ciri2 sistem pemerintahan beraja di Alam Melayu.
3. Bincangkan sumbangan Kautilya dalam bidang ketenteraan pada Zaman India Klasik.
4. Huraikan perubahan2 dlm sejarah dunia yg berpunca daripada pencapaian peneroka2 Sepanyol dan Portugis pada abad ke-15 dan 16 M.
5. Pendidikan menjadi pemangkin kpd perkembangan tamadun. Nilaikan peranan institusi pendidikan di Alam Melayu.
6. Bincangkan sumbangan dan pencapaian masyarakat Yunani dalam bidang matematik.
7. Bandingkan objektif P & P antara tamadun China dan Islam.
8. Jelaskan ciri2 seni bina menurut pandangan Barat dan Islam.
9. Jelaskan perubahan2 yang berlaku dlm masyarakat Arab selepas kedatangan Islam.

Bahagian B

10. Piagam Madinah merupakan piagam bertulis yg pertama memenuhi syarat2 perlembagaan. Huraikan kepentingan Piagam Madinah kpd pembangunan meayarakat Madinah.
11.Jelaskan peristiwa Perang Uhud dan kesan-kesannya kpd umat Islam dan Musyrikin Mekah.
12 Bincangkan sumber2 baitulmal dan peranannya kpd ekonomi umat Islam.
13. Huraikan kurikulum pendidikan yg dilaksanakan pada zaman Nabi Muhammad S.A.W.
14. Jelaskan sumber ilmu menurut tamadun Islam dan tamadun Barat.
15.Bincangkan matlamat P & P Ibnu Batutta pada abad ke 10M hingga abad ke 14M. Nilaikan sumbangan beliau dlm bidang tersebut.
16.Bincangkan pencapaian dlm bidang seni bina pada zaman kerajaan Bani Umayyah.

JOHOR

BAHAGIAN A

1. Bincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi pembinaan petempatan tamadun-tamadun awal manusia.
2. Dengan merujuk kepada tamadun Mesopotamia, Mesir dan China bincangkan peranan raja dalam sistem pemerintahan tamadun-tamadun awal.
3. Bincangkan idea-idea Kautilya dalam karyanya Arthasastra untuk membantu pemerintah mengukuhkan kuasa.
4. Berikan maksud kapitalisme dan jelaskan faktor-faktor yang membawa kepada perkembangan sistem kapitalisme di Eropah sehingga abad ke-18 Masihi.
5. Jelaskan peranan sistem tulisan dalam masyarakat tamadun awal manusia.
6. Terangkan sumbangan Confucious dalam perkembangan tamadun China.
7. Nilaikan sumbangan Cheng Ho dalam perkembangan tamadun manusia.
8. Buatkan perbandingan objektif dan pelaksanaan sistem pendidikan di Athens dan Sparta.

Bahagian B

9. Huraikan kepentingan hijrah dalam perkembangan Islam pada zaman Rasulullah s.a.w di Madinah.
10. Jelaskan kandungan piagam Madinah dan implikasinya kepada penyelesaian sosio-politik masyarakat di Madinah.
11. Penerimaan Rasulullah s.a.w terhadap Perjanjian Hudaibiyah telah menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan umat Islam. Jelaskan syarat-syarat perjanjian dan bagaimanakah perjanjian tersebut merupakan kemenangan yang nyata di pihak Islam.
12. “Membayar zakat adalah diwajibkan ke atas umat Islam”. Bincangkan sejarah, fungsi dan pelaksanaan zakat dari zaman Rasulullah s.a.w hingga zaman Bani Umaiyah.
13. Bincangkan matlamat dan prinsip pendidikan Islam di Alam Melayu sebelum abad ke-18M.
14. Huraikan sejarah kemunculan mazhab-mazhab dalam Islam serta nyatakan faktor-faktor yang membawa kepada kemunculan mazhab-mazhab tersebut.
15. Bandingkan matlamat penjelajahan dan penerokaan di antara masyarakat Islam dan Barat pada abad ke-15-16 Masihi.
16. Huraikan asas-asas pembinaan tamadun menurut Islam dan Barat.

SABAH

Bahagian A

1. Jelaskan sistem pemerintahan republik yang diamalkan dalam Tamadun Rom
2. Huraikan konsep negara kota. Bincangkan ciri-ciri negara kota Mesopotamia.
3.Jelaskan konsep ketahanan dan pertahanan. Huraikan organisasi ketenteraan yang terdapat dalam Tamadun Yunani.
4. Sejauhmanakah faktor perlindungan diberikan oleh Negara China yang membolehkan Melaka muncul sebagai pelabuhan perdagangan pada abad ke-15
5. Bincangkan dasar dan kurikulum yang diamalkan dalam Tamadun China
6. Huraikan sumbangan I-Ching (635-713M) dan Cheng Ho (1371-1434) dalam bidang pelayaran.
7. Bincangkan perkembangan ciri-ciri kehidupan masyarakat pada zaman prasejarah awal.
8. Bandingkan konsep ketahanan dan pertahanan menurut perspektif Islam dan konsep ketahanan dan pertahanan Barat.

Bahagian B

9. Huraikan pelbagai masyarakat yang terdapat pada Zaman Bani Umaiyah
10. Nilaikan punca-punca penentangan orang Quraisy terhadap dakwah Rasulullah s.a.w dan huraikan bagaimana Rasulullah s.a.w menanganinya.
11. Huraikan peristiwa-peristiwa penting Perang Uhud dan kesan-kesan peperangan ini terhadap masyarakat di Madinah.
12. Jelaskan tentang jenis -jenis zakat yang terdapat dalam sistem ekonomi Islam. Bincangkan perlaksanaan zakat pada zaman Bani Abbasiyah.
13. Huraikan Institusi pendidikan Islam di Alam Melayu
14. Ibnu Taimiyah tokoh reformasi Islam yang terkemuka. Nilaikan faktor utama kemunculan dan perjuangannya pada abad ke-8H
15.Bandingkan matlamat penjelajahan dan penerokaan antara tamadun Islam dan tamadun Cina.
16. Bandingkan ciri-ciri kesenian menurut tamadun Islam dengan tamadun Barat.

SMK SEKSYEN 10 PETALING JAYA SELANGOR

Bahagian A

1. Bincangkan ciri-ciri utama peradaban Neolitik dan kepentingannya kepada perkembangan tamadun manusia. (25 markah)
2. Huraikan ciri-ciri utama Negara Bangsa dan bincangkan proses pembentukan dan pengukuhan Negara Bangsa di Eropah dengan merujuk kepada contoh contoh yang sesuai. (25 markah)
3. “Kaultilya dan Machiavelli banyak memberikan sumbangan dalam bidang ketahanan dan pertahanan“
Bincangkan pernyataan tersebut. (25 markah)
4. Bincangkan ciri-ciri ekonomi di Eropah pada akhir Zaman Pertengahan. (25 markah)
5. Huraikan aliran sistem falsafah tradisonal di India pada zaman klasik. (25 markah)
6. Bincangkan faktor-faktor yang menggalakkan orang Cina melakukan penerokaan dan penjelajahan sebelum kurun ke 19. (25 markah)
7. Bincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan seni bina tamadun awal. (25 markah)
8. Bandingkan organisasi sosial Tamadun China dan Tamadun India. (25 markah)

Bahagian B

9. Bincangkan konsep ketuhanan dan keagamaan pandangan Arab jahilliah dan pandangan Islam. (25 markah)
10. Bincangkan konsep syura dan baiah dalam perlantikan khalifah serta jelaskan proses pemilihan dan perlantikan khalifah semasa Zaman Khulafa Al Rasyidin. (25 markah)
11. Berdasarkan contoh-contoh yang sesuai, huraikan etika dan strategi peperangan yang telah diamalkan oleh Nabi Muhammad S.A.W . (25 markah)
12. Zakat memainkan peranan penting bagi pembangunan ekonomi Islam. Bincangkan jenis-jenis zakat dalam sejarah perlaksanaan ekonomi Islam. (25 markah)
13. Bincangkan faktor-faktor yang menjadikan Cordova sebagai pusat ilmu pengetahuan ketika pemerintahan Bani Umaiyah di Eropah. (25 markah)
14. Huraikan sejarah dan faktor-faktor kemunculan mazhab di dalam Islam. ( 25 markah )
15. Penjelajahan dan penerokaan merupakan aspek penting dalam tamadun Eropah dan Tamadun Islam. Jelaskan tujuan penjelajahan dan penerokaan dalam Islam . (25 markah)
16. Huraikan konsep seni menurut pandangan Islam dan barat serta nyatakan perbezaan antara kedua-duanya. (25 markah)

SMK DATO’ ABDUL RAHMAN YAAKUB NEGERI PERAK

BAHAGIAN A

1. Huraikan peranan setiap lapisan masyarakat dalam tamadun Mesir.
2. Huraikan langkah-langkah yang diambil oleh Shih Huang Ti untuk mengukuhkan sistem pemerintahan beraja dalam empayar Dinasti Chin.
3. Jelaskan organisasi ketenteraan dalam tamadun Rom pada zaman Augustus Caesar.
4. Huraikan kegiatan ekonomi yang dilaksanakan di Alam Melayu sebelum abad ke 15 Masehi.
5. Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi matlamat pendidikan dalam tamadun awal.
6. Bincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan sekularisme di Eropah.
7. Sejauhmanakah faktor ekonomi menjadi pendorong aktiviti penjelajahan dan penerokaan orang Portugis pada abad ke 15M.
8. Jelaskan pengaruh agama dan kepercayaan kepada perkembangan kesenian di India.

BAHAGIAN B

9. Bincangkan peranan golongan Ansar dan Muhajirin terhadap penyebaran Islam pada zaman Nabi Muhammad s.a.w.
10. Jelaskan pelaksanaan konsep syura dalam proses pelantikan khalifah pada zaman Khulafa al-Rasyidin.
11. Huraikan aspek kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w dalam bidang ketenteraan dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai.
12. Huraikan perkembangan sistem mata wang pada zaman Khulafa al-Rasyidin sehingga zaman kerajaan Bani Abbasiyah.
13. Bincangkan perkembangan institusi pendidikan Islam di Acheh pada abad ke-17 Masihi.
14. Bincangkan faktor-faktor yang membawa kepada kemunculan pelbagai mazhab dalam Islam.
15. Bandingkan objektif penjelajahan dan penerokaan antara tamadun Barat dengan tamadun Islam.
16. Bandingkan ciri seni bina Islam dengan seni bina Rom.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


Arkib

Blog Stats

  • 116,063 hits


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: