Koleksi Soalan Percubaan STPM Sejarah 2 Tahun 2010

KELANTAN

BAHAGIAN A

1. Bincangkan hierarki golongan pemeintah di Tanah Melayu sebelum kedatangan British
2. Sejauh manakah ekonomi di Tanah Melayu bersifat sara diri sebelum kedatangan British
3. Bincangkan penentangan penduduka tempatan terhadap pentadbiran Syarikat Berpiagam Borneo Utara (SBBU) di Sabah dan Pentadbiran Dinasti Brooke di Sarawak pada abad ke-19
4. Nilaikan kepentingan politik dan ekonomi Perjanjian Persekutuan tahun 1895
5. Kebimbangan terhadap golongan berhaluan kiri (Komunis) mendorong Tunku Abdul Rahman mencadangkan penubuhan Gagasan Malaysia tahun 1963. Bincangkan
6. Bincangkan penglibatan Malaysia dalam pertubuhan serantau dan antarabangsa tahun 1957 hingga 1963

BAHAGIAN B

7. Huraikan sistem feudal yang diamalkan di negara China dan Jepun sebelum kedatangan kuasa-kuasa Barat
8. Huraikan sistem kepercayaan dan agama yang diamalkan oleh masyarakat tempatan di China dan Jepun pada abad ke-19
9. Huraikan dasar pengilhakan British di India dan Perancis di Vietnam pada abad ke-19
10. Bincangkan tindak balas masyarakat tempatan di Indonesia dan Filipina terhadap kuasa-kuasa Barat pada abad ke-19
11. Bincangkan kesan-kesan pendudukan Jepun 1941 hingga 1945 terhadap perkembangan nasionalisme di Indonesia dan Burma
12. Jelaskan pembaharuan-pembaharuan yang dilakukan oleh Amerika Syarikat (SCAP) di negara Jepun antara tahun 1945 hingga 1952

KEDAH

BAHAGIAN A

1. Bincangkan sistem politik Melayu sebelum campur tangan British. (25 markah)
2. Sejauh manakah masyarakat Melayu tradisional di Tanah Melayu mengamalkan ekonomi sara diri sebelum campur tangan British. (25 markah)
3. Bincangkan faktor-faktor tindakbalas golongan pembesar di Perak dan Pahang terhadap pentadbiran British pada penghujung abad ke-19. (25 markah)
4. Huraikan perkembangan sistem pendidikan di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB) antara tahun 1874-1941. (25 markah)
5. Jelaskan perubahan-perubahan Perlembagaan Tanah Melayu antara tahun 1946 hingga 1957. (25 markah)
6. Sejauh manakah sentimen antikomunis telah mempengaruhi penggubalan dasar luar Persekutuan Tanah Melayu antara tahun 1957 hingga 1963. (25 markah)

BAHAGIAN B

7. Bincangkan adat masyarakat tempatan di Myanmar dan Vietnam sebelum campur tangan peluasan pengaruh Barat. (25 markah)
8. Bincangkan dasar tutup pintu yang diamalkan di China dan Jepun sehingga pertengahan abad ke-19. (25 markah)
9. Bandingkan proses pengilhakan Barat di India dan Vietnam pada abad ke-19. (25 markah)
10. Bincangkan tindak balas masyarakat tempatan di Filipina dan India terhadap kuasa Barat pada abad ke-19. (25 markah)
11. Bandingkan faktor-faktor tercetusnya Revolusi China dan Revolusi Siam pada awal abad ke-20. (25 markah)
12. Bagaimanakah pendudukan Jepun telah membangkitkan semangat nasionalisme di Indonesia dan Myanmar pada pertengahan abad ke-20. (25 markah)

JOHOR

BAHAGIAN A

1. Huraikan bagaimana kuasa raja-raja diperkukuhkan sebagai kuasa tertinggi dalam sistem politik Melayu sebelum campur tangan Barat.
2. Bincangkan kegiatan ekonomi di Malaysia sebelum campur tangan British.
3. Sejauh manakah perasaan tidak puas hati pembesar menyebabkan berlakunya penentangan di Perak dan Pahang pada abad ke-19.
4. Jelaskan sebab-sebab penubuhan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1896.
5. Huraikan langkah-langkah ke arah kemerdekaan Tanah Melayu 1957.
6. Bincangkan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan persekutuan bagi mencapai matlamat perpaduan kaum di Malaysia melalui pendidikan dalam tempoh antara tahun 1956 hingga 1963.

BAHAGIAN B

7. Bandingkan sistem adat yang diamalkan dalam masyarakat tradisional di China dan India sebelum kedatangan kuasa-kuasa Barat.
8. Bincangkan dasar pintu tertutup yang diamalkan oleh Siam dan Vietnam pada abad ke-19.
9. Sistem ekonomi di Filipina dan Indonesia pada abad ke 19 merupakan sistem yang menindas peribumi. Bincangkan.
10. Bincangkan dasar pengilhakan kuasa-kuasa Barat di India dan di Indochina pada abad ke-19.
11. Huraikan sumbangan Raja Chulalongkorn dan Maharaja Meiji dalam pemodenan negara masing-masing dari tahun 1868 hingga 1910.
12. Bandingkan dasar luar India dengan dasar luar Vietnam selepas kedua-dua negara mencapai kemerdekaan.

PERAK

BAHAGIAN A

1. Bincangkan peranan golongan pemerintah dalam institusi pemerintahan di negeri-negeri Melayu sebelum campurtangan British.
2. Bincangkan kegiatan ekonomi di Malaysia sebelum campurtangan British
3. Huraikan tindak balas masyarakat Melayu terhadap pentadbiran British di Perak dan Pahang pada akhir abad ke 19 .
4. Jelaskan implikasi penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu 1896 sepanjang abad ke 19.
5. Huraikan langkah-langkah ke arah kemerdekaan di Tanah Melayu dari tahun 1949 hingga tahun 1957.
6. Huraikan sistem pemerintahan Malaysia dari tahun 1957 hungga tahun 1963.

BAHAGIAN B

7. Bincangkan hukum adat yang diamalkan oleh masyarakat China dan di India sebelum kedatangan Barat.
8. Bincangkan dasar tutup pintu yang dijalankan oleh China dan Jepun pada awal abad ke 19.
9. Bincangkan kesan-kesan Perjanjian Yandabo di Burma (1828) dan Perjanjian Nangking di China (1842).
10. Bincangkan dasar pengilhakan kuasa Barat di India dan di Indo China pada abad ke 19.
11. Jelaskan faktor-faktor yang membawa kepada meletusnya Revolusi China pada tahun 1911 dan Revolusi Siam pada tahun 1932.
12. Huraikan perkembangan ekonomi di Negara Filipina dan Indonesia selepas mencapai kemerdekaan.

PERLIS

BAHAGIAN A

1. Bincangkan sistem politik masyarakat Melayu tradisional sebelum campur tangan British.
2. Jelaskan peristiwa2 penting yg berlaku di Perak dan Selangor yg membawa kpd campur tangan British pd tahun 1874.
3. Huraikan faktor2 yg mempengaruhi perusahaan getah di Tanah Melayu sehingga Perang Dunia Kedua.
4. Bincangkan dasar politik, sosial, dan ekonomi Jepun di Tanah Melayu antara tahun 1942 hingga tahun 1945.
5. Jelaskan faktor2 yg membawa kpd penyertaan Sabah dan Sarawak dlm Persekutuan Malaysia 1963.
6. Huraikan sistem pemerintahan Malaysia dari tahun 1957 hingga tahun 1963.
BAHAGIAN B
7. Bincangkan adat yg diamalkan oleh masyarakat di China dan India sebelum kedatangan Barat.
8. Bincangkan dasar pengilhakan British di India dan Perancis di IndoChina pd abad ke-19.
9. Bandingkan kesan2 Perjanjian Nanking 1842 di China dan Perjanjian Kanagawa 1854 di Jepun.
10.Huraikan langkah2 pemodenan yg dijalankan oleh Maharaja Meiji (1868-1912) dan Raja Chulalongkorn (1868-1910) di Jepun dan Siam.
11.Bincangkan peranan golongan pelajar dlm Gerakan 4 Mei 1919 di China dan peranan golongan Thakin di Myanmar dari tahun 1936 sehingga Perang Dunia Kedua.
12. Bincangkan faktor2 yg membawa kpd meletusnya Revolusi China 1911 dan Revolusi Siam 1932.

TERENGGANU

BAHAGIAN A

1. “Adat Perpatih dan Adat Temenggung yang diamalkan oleh masyarakat Melayu pada abad ke-19 mempunyai perbezaan dalam beberapa perkara tertentu”. Berdasarkan pernyataan mi, jelaskan perbezaan yang terdapat dalam kedua-dua adat tersebut.
2. Jelaskan reaksi penduduk pribumi terhadap pemerintahan Syarikat Borneo Utara British di Sabah sehingga tahun 1915.
3. Bincangkan perkembangan sistem pendidikan kolonial di Tanah Melayu hingga tahun 1941.
4. Bincangkan dasar dan kesan pendudukan Jepun di Tanah Melayu dan tahun 1941 hingga tahun 1945.
5. Mengapakah pada peringkat awal, pemimpin-pemimpin Sabah dan Sarawak menolak gagasan Malaysia?
6. Bincangkan penglibatan Malaysia dalam Pertubuhan Asia Tenggara (ASA), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dan Komanwel sejak tahun 1957.

BAHAGIAN B

7. Bincangkan struktur dan peranan pembesar di Siam dan Jepun sebelum campur tangan Barat.
8. Bincangkan proses pengilhakan kuasa Barat di India dan Vietnam pada abad ke-19.
9. Bincangkan usaha pemodenan Thailand semasa pemerintahan Raja Chulalongkorn (1868-1910) dan usaha pemodenan Jepun semasa pemerintahan Maharaja Meiji (1868- 1912).
10. Mengapakah gerakan nasionalisme di Thailand menunjukkan satu aliran berbeza berbanding gerakan nasionalisme negara-negara lain di Asia Tenggara.
11. Bincangkan kejayaan perjuangan Gerakan 4 Mei di China dan Gerakan Thakin di Burma.
12. Bincangkan kejayaan Amerika Syarikat mengukuhkan fahaman demokrasi di Filipina (1935-1946) dan di Jepun (1945-1952).

PETALING JAYA SELANGOR

Bahagian A

1. Huraikan perlaksanaan Undang-undang Melaka dan Undang 99 Perak sebelum kedatangan barat . (25 markah)
2. Bincangkan kesan-kesan perlaksanaan Sistem Residen di Negeri-negeri Melayu dari tahun 1874 hingga 1888. (25 markah)
3. Huraikan ciri-ciri utama Sistem Pendidikan Vernakular Melayu dan Inggeris dari tahun 1874 sehingga sebelum Perang Dunia Kedua meletus. (25 markah)
4. Sejauhmanakah ancaman pengganas komunis mempengaruhi gagasan Malaysia pada tahun 1963. (25 markah)
5. Terangkan ciri-ciri Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan reaksi penduduk Tanah Melayu terhadap penubuhannya. (25 markah)
6. Jelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan dasar luar Malaysia selepas merdeka. (25 markah)

Bahagian B

7. Jelaskan sistem perundangan di Asia Tenggara zaman prakolonial pada abad ke 19.
(25 markah)
8. Analisis faktor-faktor yang membawa campurtangan asing di Asia Tenggara pada awal abad ke 19. (25 markah)
9. Bincangkan permodenan Jepun semasa pemerintahan Meiji ( 1868-1912 ) dan permodenan Thailand semasa pemerintahan Chulalongkorn ( 1868 -1910 ). (25 markah)
10. Huraikan perbezaan gerakan nasionalisme Thailand dengan gerakan nasionalisme di Indonesia. (25 markah)
11. Huraikan faktor-faktor yang mencetuskan Revolusi 1911 di China dan revolusi 1032 di Siam. (25 markah)
12. Bincangkan usaha-usaha pembangunan ekonomi dan sosial di China dan jepun selepas Perang Dunia Kedua. (25 markah)

SABAH

BAHAGIAN A

1. .Huraikan kedudukan dan peranan raja sebelum kedatangan kuasa Barat di Tanah Melayu . [25]
2. Jelaskan faktor-faktor yang membawa kepada pembentukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1896. [25]
3. Jelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi perusahaan getah di Negeri-negeri Melayu pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20. [25]
4. Bincangkan peranan kesusasteraan dan akhbar dalam kebangkitan gerakan nasionalisme Melayu. [25]
5. Terangkan ciri-ciri Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan reaksi penduduk Tanah Melayu terhadap penubuhannya. [25]
6. Bincangkan corak pemerintahan demokrasi berparlimen yang diamalkan oleh kerajaan Malaysia . [25]

BAHAGIAN B

7. Huraikan dasar tutup dan buka pintu yang diamalkan oleh China dan Jepun terhadap kuasa Barat pada abad ke-19. [25]
8. Bincangkan tindak balas masyarakat tempatan di Indonesia dan Filipina terhadap pemerintahan kuasa barat di negara masing-masing. [25]
9. Huraikan kesan penghijrahan imigran Cina ke Indonesia dan Filipina sebelum Perang Dunia Kedua. [25]
10. Bincangkan faktor-faktor yang membawa kepada meletusnya Revolusi China pada tahun1911 dan Revolusi Siam pada tahun 1932. [25]
11. Bincangkan kesan-kesan pendudukan Jepun di Indonesia dan Vietnam semasa Perang Dunia Kedua. [25]
12. Jelaskan pembangunan sosioekonomi negara Myanmar dan Thailand selepas tamat Perang Dunia Kedua sehingga tahun 1963. [25]

PAHANG

BAHAGIAN A

1) Jelaskan perubahan peranan Raja pada sebelum & selepas penjajahan British di Tnah Melayu.
2) Bincangkan sistem ekonomi masyarakat Melayu sblum campurtangan British.
3) Terangkan ciri2 Persekutuan tanah Melayu 1948 & eraksi penduduk Tanah Melayu terhadap penubuhannya.
4) Sejauhmanakah perasaan tidak puas hati pembesar Melayu menyebabkan berlaku penentangan di Perak & Pahang pada aaabad ke-19
5) Bncngkan peranan & sumbangan bidang kewartawanan di Tanah Melayu dlm membangkitkan Gerakan Nasionalisme Melayu sebelum perang dunia ke-2.
6) Jelaskan ksan politik,ekonomi & sosial akibat kependudukan Jepun di Tnah Melayu antara tahun 1942-1948.

BAHAGIAN B

7) Bncangkan agama & kepercayaan yg diamalkan oleh masyarakat Thailand Dan Myanmar senbelun kedatangan kuasa2 Barat.
8) Bincangkan Dasar Tutup Pintu yg dijalankan oleh China & Jepun pada awal abad ke 19.
9) Bncangkan tindak balas masyarakat peribumi terhadap kuasa2 asing di rantau Asia Tenggara.
10) Bincangkan kesan2 Perjanjian Kanagawa di Jepun & Perjanjian Bowring di Thailand terhadap negara berkenaan.
11) ” Peletusan Dahagi India pd tahun 1857 & Pemberontakan Boxer di China pada tahun 1911 adalah disebabkan perasaan tidak puas hati terhadap Inggeris”. jelaskan faktor2 kebangkitan gerakan penentangan tersebut.
12) Sejauhmanakah peranan yg dimainkan oleh golongan intelektual menjadi faktor utam dalam peletusan Revolusi 1911 di China & Revolusi 1932 di Thailand?

MELAKA

Bahagian A

1. Pengenalan ekonomi komersil telah membawa perubahan besar kepada struktur masyarakat tempatan di Tanah Melayu pada abad ke 19
2. Bincangkan kesan politik akibat perluasan kuasa British ke atas Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1874 hingga awal abad ke-20.
3. Jelaskan sebab-sebab pengagihan kuasa pusat (desentralisasi) dan langkah-langkah ke arahnya di Negeri-negeri Bersekutu sehingga tahun 1939
4. Bincangkan kesan politik, ekonomi dan social skibat daripada pendudukan Jepun di Tanah Melayu pada tahun 1942 hingga 1945
5. Galurkan perkembangan usaha-usaha mencapai kemerdekaan di Tanah Melayu dari tahun 1951 hingga tahun 1957
6. Bincangkan factor-faktor yang mempengaruhi penggubalan dasar luar Malaysia dari tahun 1957 hingga tahun 1963

Bahagian B

7. Huraikan kepercayaan dan agama yang diamalkan oleh masyarakat di Negara Thailand dan Myanmar sebelum kedatangan barat
8. Bincangkan dasar pengilhakan kuasa Barat di Negara India dan Vietnam pada abad ke 19
9. Bincangkan kepentingan Perjanjian Nangking (1842) dan Perjanjian Kanagawa (1854) dikedua-dua buah negara berkenaan
10. Bandingkan matlamat Revolusi Thai 1932 dengan matlamat Revolusi China 1911 dalam usaha mewujudkan sistem pemerintahan baru di negara masing-masing
11. Bagaimanakah pendudukan Jepun pada tahun 1942 hingga tahun 1945 mempengaruhi gerakan kebangsaan di Negara Myanmar dan Indonesia
12. Huraikan perkembangan sosio-ekonomi di Negara China dan Jepun selepas Perang Dunia Kedua

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


Arkib

Blog Stats

  • 114,394 hits


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: