1Malaysia @ bangsa Malaysia?

17 04 2009

Pelantikan PM baru biasanya akan disusuli oleh motto baru, semasa Tun Abdullah, “bekerjalah bersama-sama saya”, kini PM baru membawa pendekatan “1Malaysia”, apa itu 1Malaysia, adakah sama dengan bangsa Malaysia yang cuba diperkenalkan oleh Tun Mahathir pada tahun1991 dulu atau adakah ia hanya ‘rebonding” sahaja.
Bangsa Malaysia yang dikemukakan oleh Tun Mahathir pada 28 Februari 1991 berkonsepkan rakyat berbilang kaum di negara ini yang berlainan bahasa, budaya, kepercayaan dan pendapat terhadap keduniaan.
Tun Mahathir cuba untuk membentuk Bangsa Malaysia melalui penggunaan satu bahasa kebangsaan serta pengamalan kebudayaan kebangsaan dan Rukun Negara dalam setiap bidang kehidupan
Pembentukan bangsa Malaysia merupakan hasil perjuangan kemerdekaan, pengisian kemerdekaan dan pengekalan kemerdekaan
Idea gagasan ini nampak ideal untuk membentuk sebuah bangsa Malaysia yang makmur, namun penerimaan dan peluasan konsep ini terhenti, tiada susulan untuk mengukuhkan gagasan ini, penerimaan masyarakat juga masih kabur, hinggalah berlakunya perubahan dan transformasi politik penerimaan terhadap kepelbagaian kaum.
Kini pentadbiran baru mengenengahkan 1Malaysia, adakah membawa maksud yang sama, adakah gagasan ini akan berjaya, situasi transformasi pemikiran sekarang mungkin tidak, apa itu 1Malaysia.
Berteraskan 8 Nilai utama:
1) Ketabahan
2) Peneriman
3) Pendidikan
4) Integriti
5) Meritokrasi
6) Rendah Hati
7) Kesetiaan
8) Budaya Cemerlang
Nampaknya, 1Malaysia ini berbeza sekali dengan konsep bangsa Malaysia yang disangkakan, semoga gagasan baru ini akan memacu kejayaan negara. Persoalanya mampukan pentadbiran Dato Seri Najib untuk menterjemahkan idea 1Malaysia sekiranya banyak perkara yang membelenggu dan merantai dirinya.

sahrulami @ SBJ


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


Arkib

Blog Stats

  • 127,700 hits


%d bloggers like this: