Industri pendidikan perlu transformasi pengajaran dan pembelajaran

18 05 2009

Ditulis oleh Prof Dr Sidek Baba

PENGAJARAN dan pembelajaran bukan sekadar suatu proses pemindahan maklumat atau keterampilan. Tetapi ia adalah suatu proses transformasi. Pendekatan pindah (transfer) dan ubah (transform) menepati maksud pendidikan yang memberikan fokus terhadap kesuburan minda, hati dan amal supaya proses pengilmuan menitipkan adab kepada diri insan. Dalam tradisi Islam umpamanya, pendidikan adalah suatu proses mengadabkan insan. Adab di sini merujuk kepada proses mendisiplinkan akal, hati dan amal. Akal yang menerima ilmu dan maklumat memerlukan disiplin yang tinggi supaya kebenaran dan kebaikan pada ilmu yang diterima mampu membentuk kualiti berfikir yang bermanfaat. Kualiti ilmu yang mendukung kebenaran akan meyerap ke dalam hati dan terbina nilai murni untuk menjadikan rohani insan sejahtera. Insan yang rohaninya mulia bakal memancarkannya dalam amal dan perbuatan. Sekiranya proses ini dapat berlaku, asas transformasi mengambil tempat. Pendekatan transformatif dalam pendidikan adalah penting kerana yang ingin dibangunkan menerusi ilmu dan nilai ialah manusia itu seutuhnya.
Asas pertama dalam pendekatan transformatif ini ialah proses mengingat atau menghafal. Ia adalah suatu kaedah tradisi yang masih diperlukan supaya asas ilmu dan formula dapat diingati dengan baik dan tepat. Ia ibarat memasukkan maklumat penting ke dalam komputer, kemudian dikeluarkan kembali untuk maksud tertentu. Formula matematik dan sains adalah penting untuk dihafal dan diingat. Dalam tradisi orang Islam menghafal al-Quran dan mengingat Hadis Rasulullah SAW adalah suatu tuntutan. Ayat daripada al- Quran memiliki kekuatan rohaniah yang memandu akal budi supaya memiliki suluh dan pedoman.


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


Arkib

Blog Stats

  • 127,700 hits


%d bloggers like this: