JPN dan agensi gembleng tenaga lahir modal insan

24 05 2009

Ditulis oleh Pendidik

BERIKUT adalah kertas kerja yang dibentangkan Pengarah Pelajaran Negeri Melaka, Isa Abu bertajuk Membangun Modal Insan : Pembabitan Pelbagai Agensi Bersama Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Melaka Dalam Membangunkan Modal Insan. Kertas kerja ini dibentangkan di Konvensyen Nasional Pelan Induk Pembangunan (PIPP) Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) pada November lalu.

MATLAMAT pembangunan modal insan ialah untuk memastikan anak bangsa Malaysia mempunyai ilmu pengetahuan dan kepakaran tinggi bagi penyediaan guna tenaga dalam pelbagai jenis pekerjaan selain berketerampilan dan berdisiplin. Bagi mencapai matlamat ini, KPM menentukan fokus pembangunan modal insan sepanjang Rancangan Malaysia kesembilan (RMK9) iaitu:

• Mengadakan lebih banyak pilihan pendidikan kepada ibu bapa dan pelajar
• Meningkatkan keupayaan dan minat pelajar untuk menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran
• Membentuk keterampilan dan keperibadian pelajar melalui pemantapan kurikulum, program kokurikulum, sukan dan pembudayaan adab dan budi bahasa
• Pengukuhan program 3K (Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan)
• Pengukuhan disiplin pelajar
• Memantapkan dan memperbaharui sistem pentaksiran dan penilaian pelajar


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


Arkib

Blog Stats

  • 127,700 hits


%d bloggers like this: