Guru permulaan perlu tabah hadapi cabaran

29 12 2009

Ditulis oleh DR MOHAMMED SANI IBRAHIM
SETIAP tahun lebih 15,000 guru permulaan ditempatkan di seluruh Malaysia. Sesetengah daripadanya mendapat manfaat daripada latihan yang berkualiti, kelihatan berkompetensi dan berkeyakinan untuk membantu pelajar belajar. Bagaimanapun, masih ada ramai yang kurang bersedia menghadapi cabaran di bilik darjah. Walaupun ada pelbagai alasan mengapa masih ada di kalangan guru permulaan yang tidak bersedia, kita juga terus mengkaji mengenai kepentingan pengajaran yang berkesan dan apa yang dibuat oleh guru yang efektif.

Guru berkesan menggunakan pelbagai alat untuk menilai bagaimana pelajar mereka belajar dan apa yang dipelajari pelajar. Mereka menggunakan informasi ini untuk membantu pelajar maju. Mereka menyusun aktiviti, alatan dan pengajaran berdasarkan ilmu sedia ada di kalangan pelajar dan tahap perkembangan pelajar supaya semua pelajar boleh berjaya. Guru berkesan membabitkan pelajar dengan pembelajaran yang aktif melalui aktiviti perbahasan, perbincangan, penyelidikan, penulisan, penilaian dan membina model, menulis kertas kerja dan produk selain daripada mendengar dan membaca informasi, memerhati demosntrasi dan kemahiran amali.


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


Arkib

Blog Stats

  • 127,700 hits


%d bloggers like this: