Ilmu kemanusian teras pendidikan bangsa

29 12 2009

Ditulis oleh DR SIDEK BABA
IILMU kemanusiaan seperti agama, sejarah, budaya, bahasa, psikologi dan sebagainya adalah penting dalam membentuk minda dan watak manusia. Seorang manusia yang sempurna tidak saja memiliki upaya mekanikal dan teknikal tetapi kemahiran keinsanan supaya sifatnya lebih manusiawi. Ada orang berpendapat bahawa subjek ilmu kemanusiaan semakin tidak memiliki nilai ekonomi.

Lalu, pengajaran subjek ini dianggap kurang relevan dengan perubahan dan kemajuan. Sains dan teknologi bagi menghasilkan ilmu alat tidaklah salah tetapi alat memerlukan upaya utiliti atau nilai kegunaan yang manusiawi sifatnya supaya nilai etika dan nilai murni sentiasa menjadi pedoman. Tanpa kemahiran nilai keinsanan ini manusia bakal memiliki watak robotik dan mekanistik dan akhirnya jalan berfikir manusia ialah bergantung kepada benda dan rasa kenafsuan yang tidak terbatas.

Benda boleh membentuk sifat kebendaan dan tidak mampu meleraikan rasa kenafsian yang tinggi. Benda adalah matlamat dan kepuasan lahiriah dan nafsuwiyah akan hanya menjadi nyata bila etika dan pedoman nilai tidak lagi menjadi pegangan. Manusia bakal menjadi orang liberal dan sekular akhirnya yang menjadi batas beza manusia dengan manusia ialah status kebendaan yang dimilikinya dan daripadanya kebendaan akan menjadi buruan dan pujaan dalam hidupnya.


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


Arkib

Blog Stats

  • 127,700 hits


%d bloggers like this: