Kelas tambahan dan kelas kemahiran

29 12 2009

Jangan paksa anak-anak
Menurut Suzana Bt Ghazali, Perunding Psikologi Keluarga & Guaman Syarie. Menurutnya, anak-anak seharusnya tidak perlu rasa dibebani dengan pelbagai tuntutan yang dibuat oleh ibu bapa. “Sebagai ibu bapa, semestinya mereka inginkan anak-anak berjaya. Bezanya, cara ibu bapa menyuarakan hasrat tersebut. Jika sampai mengherdik, marah-marah bila anak-anak kurang berjaya, itu tindakan yang salah. Ibu bapa perlu mendekati anak-anak, sama-sama membimbing mereka dalam usaha mencapai kejayaan tersebut. Pada saya, wajar atau tidak ibu bapa menghantar anak-anak ke kelas tambahan, kelas kemahiran dan sebagainya bergantung kepada penerimaan anak-anak itu sendiri.

“Jika dalam diri mereka sudah bercambah minat untuk menghadiri kelas kemahiran tersebut, memanglah wajar. Jika memaksa anakanak, tindakan tersebut adalah tindakan yang kurang wajar. Anak-anak biarpun masih di usia muda, perlu diajar bertolak ansur dan berbincang. “Sewajarnya ibu bapa berbincang dengan anak-anak tentang hasrat mahu memasukkan mereka ke kelas tersebut. Malah, ibu bapa juga perlu menjelaskan tentang keperluan kenapa mereka perlu masuk kelas tersebut supaya anak-anak faham dan tidak memberontak dalam diam. Jika anak-anak enggan, gunakan pendekatan yang berhemah dan jangan menggunakan kekerasan. Paling penting, jangan memaksa.

“Mengajar anak boleh tegas tapi bukan keras. Kalau ibu bapa gunakan paksaan, anak-anak akan lebih mudah melawan dan memberontak. Malah, ibu bapa perlu memastikan kelas-kelas kemahiran tersebut tidak mengganggu waktu pembelajaran dan ulang kaji anak-anak sebab pelajaran di sekolah lebih perlu dan penting. Jangan sampai yang di kejar tak dapat, yang di kendong keciciran,” jelas Puan Suzana lagi.

Untuk selanjutnya dapatkan majalah MINGGUAN WANITA minggu ini.


Tindakan

Information

One response

30 12 2009
Zack

Awal tahun dulu,sebelum masuk ke tingkatan satu,ayah hantar saya ke kelas tambahan.Awalnya,saya dapat menerima kaedah pengajaran yang digunakan.Tapi lama-kelamaan,guru-guru macam semakin malas nak mengajar dan mula memberi latihan yang bukan-bukan seperti melukis gambar binatang serta menamakannya untuk matapelajaran BI sedangkan saya tingkatan 1 bukannya darjah satu.Markah saya pula semakin menurun kerana tak punya masa untuk mengulangkaji.4 jam dihabiskan untuk tuisyen tapi saya tak belajar apa-apa. Bila balik rumah,badan penat dan tak boleh mengulangkaji.Jadi,selepas 7 bulan,saya buat keputusan untuk beritahu ayah yang saya nakberhenti tuisyen.Syukurlah,ayah saya ambil berat pandangan saya dan dia mengikut saja.Peperiksaan akhir tahun dulu,markah saya meningkat.Saya dapat no.1 dan tertinggi dalam hampir semua matapelajaran sebab punya banyak masa untuk belajar sendiri.Saya salah seorang pelajar yang bernasib baik punya ayah sebegitu tapi kengkawan lain pula terpaksa terus membuang masa di tuisyen sebab ayah mereka menyangkakan mereka berbohong sebab malas belajar.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


Arkib

Blog Stats

  • 127,700 hits


%d bloggers like this: