Pengetua perlu berani sandang status cemerlang

29 12 2009

Ditulis oleh Pendidik
BERIKUT adalah kertas kerja yang dibentangkan Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Pahang, Abdul Hamid Abu Bakar. Pembentangan kertas kerja Teras 5 dalam Pelan Induk Pembangunan Pelajaran (PIPP) bertajuk Memartabatkan Profesion Keguruan: Laluan Kerjaya ke Arah Memartabatkan Profesion Keguruan – Status Pelaksanaan Pengetua Cemerlang di Negeri Pahang. Ia dibentangkan di Konvensyen Nasional PIPP Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) pada November lalu.

Terdapat pelbagai gelaran yang diberi kepada pengetua sekolah seperti pemudah cara, pembimbing dan ketua guru, namun gelaran yang lebih bermakna kepada pengetua ialah pengetua cemerlang. Gelaran sebagai pengetua cemerlang membawa implikasi yang cukup besar kepada kerjaya seseorang pendidik di negara ini yang sebelum ini kelazimannya hanya berakhir sebagai pengetua biasa. Dengan wujudnya jawatan pengetua cemerlang yang dianggap sebagai satu jawatan naik pangkat, pengiktirafan sebagai pengetua cemerlang yang berkesan akan melayakkan pengetua cemerlang dinaikkan pangkat hingga ke jawatan Gred Jusa C tanpa perlu meninggalkan sekolah. Pengetua cemerlang adalah seorang pengetua yang dianggap pakar dalam bidang kepmpinan dan pengurusan di sekolah. Kewujudan jawatan pengetua cemerlang bukan sjaa pengiktirafan, tetapi mengangkat martabat profesion keguruan ke tempat yang sewajarnya.


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


Arkib

Blog Stats

  • 127,700 hits


%d bloggers like this: