Pelajari Sejarah Untuk Bentuk Tamadun Gemilang : Rais

3 04 2010

MELAKA, 4 April (Bernama) — Sejarah negara bukan sahaja untuk dihafal tetapi masyarakat perlu mempelajari pengisian pentingnya dalam membentuk tamadun dan generasi yang lebih gemilang, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata sejarah juga dipelajari dalam membaiki tamadun serta intisari pelajaran dan pengajaran daripadanya.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis perasmian dan penyerahan kepada kerajaan negeri tembok “Bastion Middleburg” di Bandar Hilir di sini Sabtu malam, Rais berkata sejarah perlu dikaji umpamanya kenapa peperangan berlaku dan tamadun berubah.

Bastion Middleburg merupakan menara kawalan atau rumah kubu yang dibina pada 1660 oleh penjajah Belanda di tepi muara Sungai Melaka dalam usaha menjaga kepentingan pertahanan dan perdagangan.

Pada 2006, tapak menara itu ditemui semula oleh Jabatan Warisan Negara (JWN) yang menjalankan penyelidikan arkeologi struktur Kota Melaka yang melalui pembinaan semula dengan kos RM4.4 juta dan selesai pada 2008.

Rais berkata banyak pihak beranggapan sejarah sebagai satu perkara biasa sedangkan sejarah boleh meniupkan semangat kenegaraan yang lebih.

Beliau juga berkata Jabatan Warisan telah memperoleh bangunan HSBC yang terletak bersebelahan dengan Bastion Middleburg dengan kos RM2 juta yang boleh dihiaskan dengan barangan warisan dari sudut negeri Melaka.

Pada majlis itu, Rais turut melancarkan Buku “Alam dan Budaya Puisi Dunia Niah” yang menghimpunkan koleksi puisi dari pemuisi dari Malaysia, Thailand, Kemboja, United Kingdom, Rusia, China dan Korea.

Buku itu mengandungi puisi dalam Bahasa Melayu dan bahasa-bahasa lain yang menyentuh sejarah dan warisan budaya serta warisan alam semula jadi Gua Niah di Sarawak.

— BERNAMA


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


Arkib

Blog Stats

  • 127,700 hits


%d bloggers like this: