Ibu bapa bantu pelajar cemerlang

6 07 2010

MACHANG – Kecemerlangan pelajar tidak bergantung kepada proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah semata-mata, tetapi memerlukan penglibatan ibu bapa, guru-guru dan komitmen pelajar.

Pengerusi Persatuan Alumni Hamzah, Abd. Aziz Ahmad berkata, kerjasama antara semua pihak menjadi faktor penting bagi menentukan kecemerlangan.

“Sehubungan itu, Persatuan Alumni Hamzah berusaha membantu dalam bentuk sumbangan pemikiran dan kewangan sebagai salah satu usaha bagi membina kecemerlangan tersebut.

“Persatuan Alumni adalah sebahagian daripada sekolah, dan kami berhasrat untuk membantu pelajar dan sekolah untuk terus cemerlang dengan menggunakan kepakaran yang ada.

“Ahli persatuan ini mempunyai pelbagai latar belakang yang mampu membantu ke arah usaha tersebut,” katanya kepada Sinar Harian selepas Majlis Dialog dan Konsultasi Kecemerlangan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2010, di sini semalam.

Seramai 167 pelajar tingkatan enam atas bersama ibu bapa masing-masing menjayakan program tersebut.

Dialog dan konsultasi tersebut dikendalikan dalam tiga sesi, yang mana bertujuan menyatukan ibu bapa, ibu bapa, guru-guru dan pelajar serta alumni untuk bersama-sama menyumbang ke arah kecemerlangan STPM 2010.

Program bertemakan ‘Ibu bapa Cakna Anak-Anak Bermakna itu merupakan anjuran bersama Persatuan Alumni Hamzah dan Persatuan Pelajar Tingkatan Enam SMK Machang, di sini.

Abd. Aziz berkata, program tersebut memberi pendedahan dan motivasi kepada pelajar, ibu bapa dan guru-guru dengan menyatakan degan jelas prinsip-prinsip utama dalam membina kecemerlangan seperti kerja kuat, inisiatif, inovasi dan integriti, seterusnya berjaya melangkah ke institusi pengajian tinggi.


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


Arkib

Blog Stats

  • 127,700 hits


%d bloggers like this: