Tajuk utama Sejarah 2 bahagian A Tema 1 STPM 2010

25 10 2010

INSTITUSI PEMERINTAHAN

1. Sistem politik/sIstem pentadbiran

a) Peringkat Negeri
Unit pentadbiran tertinggi dan terbesar
Kuasa tertinggi dipegang oleh sultan/ raja/ yang di Pertuan Besar
Sultan/ raja dibantu pembesar-pembesar.
Pembesar: tulang belakang pentadbiran peringkat negeri.
Pembesar : gelaran tertentu.Contohnya Undang.
Sultan/raja dibantu Raja Muda/Putera Mahkota
Perlantikan sultan/raja:
-Sistem perwarisan takhta di kebanyakan negeri-negeri Melayu
-Sistem penggantian bergilir di Perak
-Dilantik oleh Undang Berempat di N.S
Sultan/raja mempunyai daulat dan tulah.
Diperkukuh: bahasa ,warna, alatkebesaran, alat muzik dan cop mohor.

b) Peringkat Daerah
Unit kedua terbesar.
Negeri dibahagikan kepada daerah, memudahkan pentadbiran
Daerah ditadbir oleh pembesar.Pembesar terbahagi kepada 2 golongan –
Pembesar bekerja dalam istana tetapi ada kawasan pegangan
Pembesar bekerja atau mentadbir daerah di luar istana.
diberi surat tauliah oleh sultan
individu yang paling taat setia kepada sultan/ raja
contoh – Long Jaafar ( Larut ) – Dato’ Maharaja Lela ( Pasir Salak )
Tugas-tugas pembesar daerah
Memungut cukai
Menyediakan tentera
Menyediakan kerahan tenaga
Menjaga keamanan dan keselamatan masyarakat dalam daerahnya.
Mengadili dan menjatuhkan hukuman kecuali hukuman bunuh
Menjunjung duli atau mengadap raja pada Hari Raya.
Pembesar mempunyai pengikut atau anak buah
Jumlah pengikut menentukan kedudukan dan pengaruh seseorang pembesar.

c) Peringkat Kampung
Unit paling kecil
Ditadbir oleh pembesar yang dilantik oleh sultan daripada kalangan keluarga baik-baik
Penghulu atau Tok Kweng.
Dianugerahkan surat tauliah oleh sultan.
Tugas-tugas penghulu
a) Memungut cukai
b) Menjaga keamanan kampung
c) Mengendalikan dan menyelesaikan masalah yang timbul
d) Membekalkan tenaga tentera semasa peperangan
e) Mendapatkan tenaga buruh.
f) Memastikan rakyat di kampungnya taat setia kepada Sultan.

2. Sistem Beraja

a) Kedudukan:
– Dewa raja – Khalifah Allah
– Tertinggi dan mulia
– Kuasa mutlak
– Daulat
– Derhaka – tulah
– Hak istimewa
– Lambang kebesaran

b) Struktur Sultan / Raja
Perak – bergilir-gilir
Negeri Sembilan – dipengaruhi adat pepatih
Negeri Melayu lain – dipengaruhi adat temenggong

c) Peranan Sultan / Raja
Ekonomi
– menguasai ekonomi negeri, hasil hutan, perlombongan, perdagangan
– penentuan cukai dan percukaian
– menentukan sukatan, ukuran dan timbangan

Politik
– ketua negeri/kerajaan berkuasa mutlak
– berkuasa aspek luar negeri / hubungan diplomatik
– ketua hakim dan perundangan
– berkuasa melantik pembesar negeri dan daerah

Sosial
– ketua angkatan tentera
– memelihara undang-undang
– mengawal ketenteraman dankesejahteraan
– ketua agama islam dan adat istiadat
– melaksanakan sistem serah dan kerah

3. Sistem Pembesar

a) Kedudukan
– kerabat raja / rakyat biasa
– pelantikan (warisan/lantikan)
– kawasan pegangan
– surat tauliah, cop mohor

b) Peranan

Ekonomi
– memungut cukai
– menyerahkan hasil kutipan
– menguasai hasil ekonomi di kawasan pegangan

Politik
– menjadi ketua pemerintah kawasan
– menjaga keamanan kawasan

Sosial
– menjaga kebajikan rakyat
– memastikan pelaksanaan undang2
– menyediakan tenaga kerja
– menyediakan tenaga tentera
– memastikan rakyat taat setia kpd raja
– melaksanakan adat-istiadat menjujung duli setiap sambutan perayaan

c) Peranan ekonomi / sumber pendapatan pembesar

– Pendapatan dari pungutan cukai
Pungutan cukai wang/barangan/tanaman
Kawasan pemakanan
2 cara kutipan cukai
– Kegiatan perlombongan
– Kegiatan perniagaan
– Pertanian Dagangan
– Pelaburan

HUKUM ADAT, PERATURAN DAN UNDANG2

1. Perbandingan Adat Perpatih – Adat Temenggung
– Kawasan dan Pengasas
– Bentuk dan Pelaksanaan
– Kekeluargaan dan perkahwinan
– Pemerintahan
– Pembahagian harta
– Pelaksanaan undang-undang / hukuman

2. Undang-undang Masyarakat Melayu

a. Undang-undang Pahang
a) Disusun oleh Sultan Abdul Ghaffar Muhaiyuddin Shah
b) Dipengaruhi oleh unsur-unsur agama Islam
c) Dibahagikan kepada 3 bahagian :
Adat Lembaga Negeri
Undang-undang jenayah
Undang-undang awam

b. Undang-undang 99 Perak
Disusun, dibawa ke Perak oleh Sayid Husain Al-Faradz.
Mengandungi 99 buah undang-undang
ditulis dalam bentuk soal jawab
Perkara-perkara dalam undang-undang ini ialah :
Tugas dan tanggungjawab pemerintah
Peraturan adat istiadat mengadap dan melantik raja
Perkara-perkara jenayah
Hal-hal kekeluargaan

c. Undang-undang Kedah
4 perkara umum iaitu Undang-undang Pelabuhan, Undang-undang Adat, Undang-undang Seri Paduka Tuan dan Hukum kanun Datuk Kota Star
a. Antara perkara yang terkandung ialah :
• Undang Pelabuhan
• Undang-undang Seri Paduka Tuan
• Perkara adat meminang

d. Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor
oleh Sultan Abu Bakar
perlembagaan bertulis pertama
Berdasarkan system pentadbiran di Britain.
perkara yang terkandung :
-Sultan tidak boleh menyerahkan negeri Johor kepada kuasa asing
-MMM, orang Melayu menasihati sultan dalam pentadbiran
-AMMN, rakyat Johor berperanan menggubal undang-undang

e. Undang-undang Islam
Berlandaskan Al Quran, hadis dan ijmak.
Segala kes jenayah akan dibicarakan di mahkamah syariah
Terdapat 2 jenis hukuman iaitu hukuman bunuh dan denda

SISTEM SOSIAL / HAIRARKI MASYARAKAT

Golongan Pemerintah

a) Raja/ Sultan/ Yang dipertuan Basar
 pemerintah tertinggi
 dibantu oleh kaum kerabat dan para pembesar.
 memiliki kuasa dan kewibawaan
 simbol perpaduan negeri
 Mempunyai kuasa mutlak
 engkar dianggap menderhaka dan mendapat balasan
 Jawatan raja/ sultan diwarisi oleh anak lelaki

b) Keluarga dan kerabat diraja / Bangsawan
 mereka yang berketurunan raja,
 bergelar raja atau tengku.
 Ada putera raja dilantik menjadi pembesar daerah.
 menikmati keistimewaan seperti yang dimiliki oleh raja
 tetapi tidak boleh mengatasi keistimewaan raja sebagai ketua pemerintah.

c) Pembesar
 berpengaruh dalam pemerintahan dan pentadbiran
 membantu raja dalam pentadbiran negeri.
 menjadi penasihat
 pembesar di daerah-daerah tertentu.
 surat tauliah.
 Pemilihan keturunannya.
 hak mentadbir sesuatu daerah

d) Golongan Ulama
 pakar dalam bidang agama.
 berketurunan Arab Melayu.
 gelaran seperti maulana, makhdum, dan kadi.
 maharaja kadi, dato’ mufti seri utama dan imam maharaja.
 menyebarkan agama Islam
 menjadi guru, ketua agama, kadi dan penasihat hukum syarak dan mengeluarkan fatwa agama.
 menjadi imam, khatib dan juru nikah.

e) Pendeta
 kepakaran bidang kesenian, kebudayaan, kesusasteraan, adat istiadat dan salasilah raja.
 pakar rujuk kepada raja dan golongan istana
 menjadi penulis dan perawi diraja.

e) Penghulu
 ketua pentadbir di peringkat kampung
 orang perantaraan diantara rakyat biasa dengan pembesar.

Golongan diperintah

a) Rakyat Biasa
Bermastautin tetap
Pengikut setia pembesar yang mentadbir daerah dan jajahan
Ketaatan kepada sultan ialah mutlak
sistem serah -menjadi bala tentera dan mendirikan istana
Menjalankan kegiatan cth bertani
Mengamalkan tradisi hidup secara bergotong-royong

b) Hamba
Antara jenis hamba:
Hamba raja
Hamba Abdi
Hamba berhutang

Antara peranannya:
menyediakan tenaga kerja manusia bagi melakukan pelbagai aktiviti dalam masyarakat.
menyumbang tenaga bagi menambah harta tuan
menjadi pegawai kepada tuannya
menjadi lambing ketinggian taraf sosial golongan yang memiliki hamba.

SISTEM EKONOMI

A. Kegiatan Ekonomi di Tanah Melayu

1. Kegiatan Ekonomi Saradiri

a. Penanaman Padi.
 tanaman utama untuk kegunaan sendiri bukan untuk jualan.
 Dua jenis padi ditanam, padi huma dan padi sawah.
 Padi huma, lereng-lereng bukit oleh orang Asli
 Padi sawah, kawasan tanah rendah mempunyai banyak air.
 Kawasan utama, Dataran Perlis, Seberang Prai,
 kincir air dan terusan.
 binatang untuk membajak, najis binatang, kuku kambing

b. Tanaman-tanaman Lain.
 tanaman-tanaman lain ditanam iaitu jagung, kopi, tembakau, pisang tebu, ubi kayu, lada hitam gambir, kelapa dan keledek.

c. Hasil hutan .
 rempah-ratus, kayu-kayan, rotan, damar, madu lebah, nipah, buluh, kapur barus, buah-buahan, getah jelutung, kayu cendana
 dilakukan orang-orang Melayu dan Asli.

d. Memburu binatang
 kegiatan sampingan.
 pelanduk, kancil, rusa, seladang dan ayam hutan.
 menjerat gajah juga dijalankan untuk pelbagai kegunaan

e. Penternakan
 ayam, itik, lembu dan kerbau.
 sumber makanan
 membajak sawah dan menarik kayu.

f. Perikanan
 persisiran pantai, tasik, dan sungai.
 keperluan diri dan lebihannya dijual atau dikeringkan.
 diKelantan,Terangganu,Pahang menangkap ikan Mac-Oktober. dihentikan November-Februari laut bergelora.
 Alat digunakan disungai, tasik kail, bubu, jala, pukat, pancing
 Alat digunakan dilaut ialah pukat, jala, jaring

2. Kegiatan ekonomi komersial.

a. Padi dan beras.
 Di Kedah , Perlis dan Kelantan berorientasikan komersial.
 Kedah mengeksport beras ke Pulau Pinang.
 Kelantan pula mengeksport beras ke Singapura.

b. Hasil Hutan
 Hasil hutan sangat diperlukan oleh para pendagangan.
 hasil hutan yang dieksport ialah rotan, damar, gading gajah

c. Kegiatan pertanian dagang.

i. Lada hitam dan gambir
 Lada hitam, gambir ditanam d iJohor dan P.Pinang.
 Di Johor, Temenggong Ibrahim melalui Sistem Kangcu

ii. Kopi
 peladang Eropah.
 Kopi ditanam besar-besaran di Selangor, N. Sembilan dan Johor.

d. Tanaman jualan lain
 tebu di Seberang Perai dan Krian.
 Orang Eropah, kilang memproses tebu
 Ubi kayu di Melaka, Selangor dan Negeri Sembilan.

3. Kegiatan Perlombongan

a. Bijih Timah
 raja dan pembesar Melayu.
 Long Jaafar, Ngah Ibrahim dan Raja Jumaat.
 menggunakan buruh-buruh Cina.
 Kinta, Larut, Dinding di Perak; Sungai Ujong dan Sungai Linggi di Negeri Sembilan; Sungai Selangor dan Sungai Kelang di Selangor.

b. Emas.
 Pahang, Terengganu, Negeri Sembilan dan Johor.
 peringkat awal emas diusahakan oleh orangMinangkabau

B. Kegiatan Ekonomi di Sarawak ( 5 markah )

1. Kegiatan Ekonomi Sara diri.

a. Penanaman Padi.
 Padi huma, orang Iban, Bidayuh dan Kenyah.
 secara bergotong-royong.
 Padi huma oleh masyarakat Kelabit di kawasan bukit Hulu Sg.Baram.
 Sistem tali air dibina untuk mengairi kawasan sawah.

b. Perikanan.
 oleh orang Melayu
 di kawasan persisiran pantai
 Kaum Iban, penangkapan ikan di kawasan Sungai Rejang, Saribas dan Batang Lupar.

c. Tanaman-tanaman lain.

 lada hitam, pokok buah-buahan dan pokok mengkuang.
 Orang Melanau , memproses sagu di Oya dan Mukah.

d. Perlombongan
 Antimoni diusahakan oleh orang Bidayuh.

e. Perdagangan.
 orang Melanau dan Brunei di kawasan sempadan.
 Barang-barang yang didagangkan ialah sagu.

2. Kegiatan ekonomi komersial

a. Lada hitam
 oleh peladang Cina terutamanya pengusaha daripada Singapura.
 Brooke memberi tanah kepada saudagar Cina untuk membuka kebun lada hitam.

b. Gambir.
 Brooke memberi tanah kepada peladang Cina.
 Gambir ditanam secara meluas di Bau.

c. Sagu.
 oleh orang Melayu dan Inggeris.
 Inggeris membuka kilang di Mukah dan memberi wang pendahuluan kepada pekebun-pekebun kecil.
 abad ke-20 orang Cina mengambil alih dan menguasai perusahaan sagu.

d. Perlombongan.
 Emas dilombong di Bau oleh orang Cina.
 Antimoni dilombong di Bahagian Pertama Sarawak.
 Pembesar Melayu menggunakan tenaga buruh Dayak.

C. Kegiatan ekonomi di Sabah. ( 5 markah )

1. Kegiatan ekonomi sara diri

a. Penanaman Padi
 Padi sawah diusahakan oleh orang Kadazan dan Dusun.
 Kawasan utama ialah Tuaran, Papar, Penampang dan lembah bukit di Ranau, Keningau dan Tambunan.
 Padi huma di lereng-lereng bukit landai, pedalaman yang bergunung-ganang.
 Padi huma oleh orang Murut dan Bajau.

b. Tanaman-tanaman lain
 Jagung, ubi kayu, keledek, buah-buahan dan sayur-sayuran merupakan ‘ makanan selang”

c. Pertukangan
 Dijalankan oleh kaum Bajau.
 Mereka terkenal dengan kemahiran bertukang besi, menenun kain dan memacu kuda.

d. Perikanan
 oleh masyarakat Melayu Brunei dan Kedayan.
 di sepanjang pantai perairan Sabah dan bersempadan dengan Brunei.

e. Penternakan
 kerbau, ayam, itik dan khinzir.
 oleh suku kaum dusun dan Kadazan.

2. Kegiatan Ekonomi Komersial

a. Tembakau
 SBUB telah menggalakkan penanaman tembakau.
 Tembakau diusahakan oleh orang-orang Cina.
 peladang Belanda dan Jerman
 Kawasan Pantai Timur Sabah.
 60 estet tembakau, Bahagian Timur Laut dan Pantai Timur Sabah.
 Peladang menggunakan buruh dari Singapura dan Hong Kong.
 penanaman merosot bila permintaan dari Amerika merosot.

b. Perlombongan.
 oleh orang Cina di Sungai Segama.
 Petroleum diusahakan secara komersial oleh SBUB.

Peranan pembesar di Tanah Melayu

Sebelum campurtangan British

a. Orang kedua penting selepas sultan penasihat utama sultan
b. Orang yang sangat taat dan menjadi orang kepercayaan sultan.
c. Diberi surat tauliah, sebilah pedang, cop mohor dan daerah pegangan

i. Sebagai pemangku sultan ketika sultan keluar negeri
ii. Ketua pentadbir awam dalam semua urusan pentadbiran negeri
iii. Bertanggungjawab ke atas hal ehwal perhubungan luar negara
iv. Mengetuai urusan sultan ke seberang laut
v. Ketua tentera laut dan mempertahankan negara daripada serangan musuh dari laut
vi. Mengetuai angkatan tentera semasa peperangan
vii. Penentu sukatan dan timbang yang betul
viii. Ketua polis dan menjaga keselamatan
ix. Pengawal peribadi sultan
x. Menjaga perbendaharaan negara dan mengawasi pungutan cukai
xi. Pegawai kastam
xii. Menyimpan dan mengagih hasil-hasil negeri dan hal-hal istana
xiii. Ketua adat istiadat dan upacara rasmi istana terutama jamuan
xiv. Mengadili dan menghakimi kes-kes jenayah dan sivil kecuali hukuman bunuh
xv. Menjadi tunggak sesebuah negeri bagi membantu sultan melicinkan urusan Pentadbiran dan pemerintahan..
• Menjaga dan mengekalkan keamanan jajahannya
• Memungut cukai
• Menyediakan kerahan tenaga
• Menyelesaikan masalah dan mengadili kes-kes kecuali yang melibatkan hukuman bunuh

Selepas campurtangan British

i. Hilang kuasa dan hak untuk memungut cukai kerana diambil alih oleh Residen atau wakil.
ii. Hilang sumber pendapatan utama. British memberi elaun/ gaji sebagai ganti rugi
iii. Hilang kuasa politik sebagai penasihat sultan dalam Majlis Penasihat sultan
iv. Hilang kuasa kehakiman ,diambil alih oleh Majisteret
v. Hilang kuasa mentadbir wilayah yang diambil alih oleh Pegawai Daerah British
vi. Penghulu merupakan pegawai bergaji dan boleh dinaikkan pangkat dan ditukarkan ke kampung lain. Hak dan tanggungjawab penghulu tertakluk di bawah undang-undang negeri

Perubahan-perubahan yang berlaku terhadap sistem beraja setelah
kedatangan British ke Tanah Melayu.

1. Hilang kuasa pentadbiran kecuali perkara yang berkaitan dengan agama dan adat.
2. Menjadi boneka kerana terpaksa meminta nasihat residen sebelum melaksanakan sesuatu perkara.
3. Hilang hak memungut cukai – sumber pendapatan terjejas digantikan dengan pencen yang nilainya lebih rendah
4. Hilang kuasa mutlak iaitu Majlis Sultan digantikan dengan Majlis Negeri. Sultan tidak berkuasa membuat keputusan yang akan ditentukan oleh residen
5. Hilang kuasa tentera.
6. Hilang kuasa atau hak menjatuhkan hukuman bunuh kerana British memperkenalkan system kehakiman British.
7. Perlantikan berdasarkan golongan yang tidak menentang pentadbiran British dan bukan mengikut system yang sedia ada seperti di Perak ( perlantikan Sultan Abdullah )
8. Kuasa semakin terjejas apabila NNMB ditubuhkan pada 1896. Ketua pentadbir NNMB ialah Residen General
9. Majlis Mesyuarat Persekutuan (MMP) menjejaskan lagi kedudukan dan kuasa sultan kerana kuasa berpusat di tangan Pesuruhjaya Tinggi. Sultan hanya ahli biasa dan tidak boleh membantah atau membatalkan usul MMP.
10. Penubuhan Malan Union (MU) 1946 meruntuhkan system beraja. Gabenor menjadi pengerusi majlis Agama islam bagi negeri-negeri Melayu. Hilang hak sebagai ketua agama Islam


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


Arkib

Blog Stats

  • 127,700 hits


%d bloggers like this: